viOlet lIfE

kehidupan ini penuh dengan ranjau. kadang-kala aku alpa mengenai kehidupan ini. kehadirannya amatlah istImewa teTapi aku pErcaya baHawa dIa adaLah yanG tErbaik

Thursday, September 23, 2010

kU buTakan maTa di haRi baHagia siDia

andai dikenangkan saat yang lalu, boleh ku andaikan bahawa aku antara insan yang bahagia didunia ini.
ini kerana kehadiranmu disudut hati mampu membahagiakan aku disaat itu. tapi sayang segalanya terlerai sudah apabila kita sama-sama putuskan bahawa selepas ini kaki kita akan melangkah mengikut jejak masing-masing dan tanpa berpaling kau menyatakan bahawa aku mungkin bukan milikmu lagi. Andai ku kenang saat kau mengucapkan itu akan ku tangiskan di hari ini namun aku insan biasa yang hanya mampu tersenyum dan menyatakan"oh Tuhanku kami semestinya berjodoh dan dia milikku selamanya". Tapi apabila ku menerima perkhabaran indah darimu mengejutkan aku dari dunia indah kita bahawa kau mengiakan apa yang pernah kau nyatakan dulu. mungkin benar kita tidak berjodoh dan dengan mudah dirimu nyatakan bahawa "aku percaya di setiap kelahiran kita adalah pasangan kekasih yang mungkin disumpah untuk tidak bersatu entah untuk kelahiran keberapa, namun temanku inginku nyatakan bahawa kau wanita istimewa yang wujud dalam hatiku malah disetiap kelahiran namamu akan sentiasa menjadi sebutan dalam tangisanku yang baru lahir kedunia ini". Andai ku mampu setaraf denganmu akan ku bahagiakan dirimu dan lepaskan diriku seperti mana ku melepaskan dirimu" Itulah ungkapan akhir yang kau sertakan dalam kad jemputan majlismu. Di hari istimewanya ku butakan mata dan menutup pintu hatiku serta di hari itu juga hari peperiksaan ku. ku tahu kau doakan yang terbaik buatku.

No comments:

Post a Comment