~26.4.2011~
mungkin boleh dikatakan bahawa tarikh itu merupakan tarikh yang mungkin akan diingati oleh seluruh anggota keluargaku. selepas beberapa tahun keluargaku menerima berita yang mengejutkan. Pada tarikh itu tepat jam 11 malam keluargaku kehilangan sesuatu yang amat bharga buat keuarga kami. Mungkin perasaan ini dirasai lebih oleh ibuku. Papaku memberikan khabar yang mengejutkan dengan nada yang perlahan bahawa kami telah kehilangan seseorang yang merupakan antara tunjang utama keluarga mamaku. Semestinya khabar itu mengejutkan aku walaupun sebelum ini aku telah dikejutkan dengan berita "penderitaannya" namun jauh disudut hatiku mengharapkan agar semua kembali seperti biasa. Tapi segalanya ketentuan Tuhan. Kakakku menelefon selepas papaku juga menyatakan perkara yang sama. Walaupun x kedengaran tangisan namun dapat ku rasakan perasaan hiba kakakku. Apabila mendapat khabar itu, aku dapat merasakan apa yang mamaku rasakan dan sentiasa berdoa agar mama tidak terlalu mengikut perasaan. Walaupun sedaya mungkin pihak keluarga mama berusaha tetapi takdir menentukan segalanya. Akhirnya malam 26. April kami kehilangannya setelah "dia" bertarung nyawa setelah hampir selama 3 hari berusaha melawan segala penderitaan. Perginya tidak kembali...Mungkin ini yang terbaik setelah apa yang "dia" lalui tetapi sedikit sebanyak aku juga merasai kehilangan dan sedikit sedih sebab tidak berada disisi mama untuk memberikan dia semangat selepas mama menerima berita tersebut. Mungkin perasaan terkilanku sedikit berbanding mama kerana mama x sempat tiba sebelum ibu kandungnya pergi selamanya...moga semua anggota keluargaku mampu menghadapi semua ni...Tuhanku ini mungkin bukan berita yang mengembirakan disaat ku menghadapi final....
No comments:
Post a Comment